Saturday, August 28, 2010

Pusat Perkembangan Kanak-Kanak Nur Qaseh

“ETIKA YANG MULIA, MELAHIRKAN GENERASI BERINTEGRITI”


PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!!!!!

SILA HUBUNGI : ALIS (019-2432853)

DI ALAMAT : NO. 2, JALAN PUTRA BAHAGIA, 8/1F PUTRA HEIGHTS, 47650 SUBANG JAYA SELANGOR

PENGENALAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

PPKK Nur Qaseh mengucapkan Selamat Datang dan mengalu-alukan kunjungan anda ke pusat jagaan kami.

Sebagai sebuah pusat penjagaan kanak-kanak, PPKK Nur Qaseh adalah komited untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada anda dan anak-anak anda. Falsafah perkhidmatan kami juga berteraskan “Win-Win Situation”, iaitu perkhidmatan yang berteraskan untuk mengujudkan manfaat bersama antara tiga pihak, iaitu kanak-kanak, ibu bapa/penjaga dan kami.

Maksud Integriti ialah Etika. Etika bermaksud nilai pada diri individu yang membimbingnya dalam membezakan antara yang benar dan salah.

OBJEKTIF PENUBUHAN

Objektif penubuhan Pusat Perkembangan Kanak-Kanak Nur Qaseh ialah :-

v Membentuk perkembangan menyeluruh kanak-kanak ke arah pencapaian potensi yang cemerlang dari aspek fizikal, kognitif, sosio emosi, bahasa, kegiatan kreatif dan agama.

v Berkongsi maklumat dan pengalaman dengan anak-anak dan ibu bapa dalam usaha memupuk nilai-nilai yang mulia dalam diri mereka dan melahirkan Generasi Berintegriti serta menyediakan mereka dengan senario masa depan yang lebih mencabar yang bakal mereka tempuhi.

PERKHIDMATAN

Di PPKK Nur Qaseh, kami menawarkan beberapa jenis perkhidmatan, antaranya ialah :-

Pengasuhan Kanak-Kanak

Perkhidmatan ini adalah penjagaan kanak-kanak yang berumur 2 bulan
Hingga 2 tahun. Di mana tahap ini kanak-kanak akan diasuh dan
Dipantau dengan penuh belaian kasih sayang

Pengasuhan kanak-kanak & Kumpulan Bermain (Play Group)

Bagi tahap awal kanak-kanak (toddler) yang berumur 2 ½ tahun hingga
4 ½ tahun dan juga kanak-kanak transit, mereka didedahkan dengan “Experiantial
learning” / bermain melalui pengalaman. Kanak-kanak ini akan diberikan input-input
terancang agar pembelajaran mereka akan menjadi lebih menyeronokkan (Learning by Fun).

Pengajian Awal Solat, Wudhu’, Zikir-Zikir, Adab-adab dan Doa-
doa

Aktiviti yang akan dijalankan di PPKK NUR QASEH ialah :-


Fizikal : Pergerakan Motor kasar & halus, Main Air (kolam) & Bermain Playgound

Kognitif : Mengenal Warna & Bentuk, Memadan & Mencantum Puzzle dll

Bahasa : Penceritaan, Nyanyian & Main Peranan (Role-Play)

Sosio Emosi : Bekerjasama, Tolong menolong, Ikut giliran, Berkasih sayang, Main Bersama dll

Kegiatan Kreatif : Mewarna, Melakar, Menggunting, Menampal, Mengoyak, Menguli doh dll


PEMAKANAN


Pemakanan di PPKK Nur Qaseh, kami amat menitik beratkan aspek kebersihan, kesihatan, keseimbangan dan kualiti makanan tersebut. Jenis pemakanan yang disediakan adalah bergantung kepada tahap perkembangan kanak-kanak

Di PPKK Nur Qaseh, kanak-kanak akan diajar supaya mengamalkan adab yang baik sebelum, semasa dan selesai makan. Dengan cara seperti bacaan doa, kedudukan badan, amalan makan bersama, menghargai makanan dan bencikan pembaziran. Kanak-kanak juga akan dilatih supaya makan makanan seimbang, perbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran dan tidak menggalakkan makan makanan ringan.




KESIHATAN & KESELAMATAN

Di PPKK Nur Qaseh, kami amat menitik beratkan aspek kesihatan dan keselamatan kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa dan penjaga hendaklah :-

Memastikan anak atau jagaan berada di dalam keadaan sihat. Jika kanak-kanak menghidapi masalah kesihatan dan alahan, harap dapat dimaklumkan kepada pihak pengurusan taska bagi langkah-langkah pencegahan dan pengawalan dapat diambil

Sekiranya kanak-kanak terkena penyakit berjangkit, ibu bapa dilarang untuk menghantar kanak-kanak ke taska sehingga pulih

Bagi tujuan-tujuan keselamatan dan ketenteraman taska, pelajar-pelajar tidak dibenarkan untuk membawa barangan mainan sendiri dari rumah. Kanak-kanak juga dilarang sama sekali membawa alatan-alatan yang merbahaya seperti pisau, benda-benda tajam dan berasid yang mana boleh memudaratkan kanak-kanak lain

Kanak-kanak juga dilarang daripada memakai barangan kemas dan membawa barang-barang berharga ke taska. Pihak pengurusan taska tidak akan bertanggungjawab sekiranya barangan kemas dan barangan berharga yang dibawa samada hilang atau mengalami kerosakan